Kau rasa kau buruk? Tak kan. Kau rasa dia buruk? Oh semestinya.

manusia. bukan nama manusia kalau tak kejar kesempurnaan walau basah dibibir 'manusia tak sempurna'

aku dah terbiasa dilabel.

mungkin kita rasa kita dah besar dan dah dapat mentafsir jenis kehidupan. pernah kau tenggelam ke dasar lautan utk selamatkan org yg kau syg? aku sudah biasa. lali sehingga aku tidak percayakan sesiapa. aku hulurkan pelampung pada manusia yg dilabel kawan. dan akhirnya aku sendiri tenggelam keseorangan. sudah terbiasa. dan sebati pada jiwa. tapi aku senyum.

aku punya persoalan jika kau punya kesayangan. jika. antara kesayangan yg kau ada mana satu kau akan selamatkan bila diorg tenggelam bersama dan kau hanya perlu selamatkan satu daripada diorg. ada jawapan? aku sendiri tidak punya jawapan utk ini. tapi yg pasti manusia hanya pentingkan diri

yang namanya manusia tidak akan pernah jujur. tidak akan. 

dirasanya bijak bila dapat menyelesaikan. dirasanya hebat bila dpt meleraikan. pernah kau merasa rendah diri utk semua itu? Bohong. 

aku beribu kali patah kaki disebabkan yg namanya kawan. tiada seorang yg mahu tampil utk berkongsi. tapi dalam diam datang beberapa cebis yg hulurkan tangan membantu aku berjalan. ini dinamakan kesayangan. aku tak punya ramai kawan. aku hanya punya kesayangan. tak perlu aku listkan satu satu dari mereka. aku hanya berdoa utk mereka sejahtera di luar sana. 

jangan kau mudah melabel sbb suatu masa kau akan alami benda sama. walau bukan utk masa ini tapi ingatlah dalam setiap detik nafas yg dihembus. karma will hit you back.

dan jangan mudah menghukum jika kau sendiri tidak tahu apa yg dialaminya.

bila orang kutuk maki hamun, jangan lawan. senyum. dan terus pergi.

senyum hingga hayat ternoktah.


No comments: